Suntikan Vaksin Umrah
Klinik Setia Alam menyediakan pelbagai khidmat suntikan vaksinasi, termasuklah vaksin untuk ibadah umrah atau haji. Vaksin yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi ini adalah vaksin untuk mencegah jangkitan otak, yang dikenali sebagai Meningococcal Meningitis. Penyakit ini dapat dicegah dengan pemberian pelalian atau vaksin. Suntikan vaksin ini akan menyebabkan terbentuknya antibodi terhadap kuman penyebab jangkitan otak tadi. Tanpa suntikan ini, anda tidak akan dibenarkan untuk memasuki negara Arab Saudi, samaada untuk mengerjakan ibadah umrah atau haji.

- Jenis vaksinasi – Suntikan sekali (single dose) 0.5ml ke dalam otot (lengan, peha, punggung)
- Strain vaksin – ACYW135
- Tujuan – Mencegah jangkitan otak dan selaput otak daripada kuman
- Waktu Pengambilan – Boleh pada bila-bila masa. Untuk umrah/haji, minimum 2 minggu sebelum berangkat ke tanah suci.
- Umur Pengambilan – Disyor kan ke atas usia 2 tahun dan ke atas sahaja.
- Berapa Lama Vaksin Bertahan – Setiap suntikan mampu memberikan imunisasi selama 5 tahun. Namun untuk umrah/haji, kerajaan Arab Saudi menganjurkan suntikan diulang setiap 3 tahun.
- Adakah Vaksin Selamat – Iya, disahkan selamat serta dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Reaksi efek samping ubat boleh terjadi, namun peratusan sangat kecil.
- Apa Side effect – Sebilangan kecil penerima suntikan boleh demam, sakit pada tempat suntikan, ruam-ruam, tidak sedap badan, mual dan muntah.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan keselamatan dan menganjurkan pengambilan vaksin ini. Ia bertujuan untuk membina daya tahan tubuh terhadap kuman penyebab jangkitan Meningococcal Meningitis dan mencegah jangkitan yang mampu membawa maut ini. Sumber : Portal Kesihatan Rasmi KKM
Harga Suntikan Vaksin Umrah
Pelalian untuk pencegahan jangkitan otak
Sudah termasuk konsultasi doktor
Buku rekod suntikan akan diberikan
Tidak perlu puasa
Boleh ambil pada bila-bila masa
Telefon klinik kami untuk temujanji
Pilihan Vaksinasi Tambahan
Vaksin Influenza
Pencegahan jangkitan selesema (flu).
Tidak diwajibkan. Sangat dianjurkan kepada usia 50 ke atas atau penghidap penyakit kronik seperti kencing manis, asma, masalah buah pinggang dan seumpamanya.
Harga : Add on RM70
Vaksin Pneumococcus
Pencegahan jangkitan paru-paru (Pneumococcal).
Tidak diwajibkan. Sangat dianjurkan kepada usia 50 ke atas atau penghidap penyakit kronik seperti kencing manis, asma, masalah buah pinggang dan seumpamanya.
Harga : ** hubungi klinik **
Vaksin Typhoid
Pencegahan Demam Kepialu (Typhoid Fever).
Tidak diwajibkan. Sangat dianjurkan kepada usia 50 ke atas atau penghidap penyakit kronik seperti kencing manis, asma, masalah buah pinggang dan seumpamanya.
Harga : Add on RM70