Siapa Kami
About Us
Sejarah Kami
Klinik Setia Alam telah mula beroperasi sejak tahun 2013 dibawah kendali syarikat milik penuh bumiputera melayu. Merupakan antara klinik yang terawal beroperasi semenjak pembukaan bandar setia alam oleh pemaju SP Setia.
Misi Kami
Selari dengan klinik yang menawarkan bukan sahaja khidmat kesihatan umum, juga menawarkan khidmat kesihatan pekerjaan. Kami komited untuk menjadi peneraju dalam khidmat kesihatan pekerjaan kerana melihat kepada statistik, semakin ramai pekerja di Malaysia yang menghidapi penyakit akibat pekerjaan. Kami yakin rakyat Malaysia semakin menitikberatkan kesihatan mereka di tempat kerja, sejajar dengan perkembangan arus teknologi dan kesihatan.
Visi Kami
Kami berazam untuk menjadi peneraju dalam bidang kesihatan pekerjaan dan kesihatan umum, dengan menerapkan kesihatan optimum melalui pencegahan penyakit serta pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Kami juga berusaha gigih untuk menjadikan klinik kami sebagai pusat kesihatan yang menawarkan pelbagai jenis khidmat kesihatan di bawah satu bumbung.
Doktor & Staff Kami

Dr Shawaludin Husin
Doktor Kesihatan Pekerjaan
M.D (USM), OHD (Certified by DOSH : HQ/12/DOC/00/286), CMIA (NIOSH : 1161-J), Competent MRO (AEOMM), SOCSO Medical Board Panel Doctor (Occupational Medicine)