Services

Servis

 List of Services

null
Pemeriksaan kesihatan keluarga (family medicine) seperti pemeriksaan tekanan darah, konsultasi penyakit, demam, batuk selesema, alergik & kencing manis, darah tinggi, asma, resdung, keputihan, sakit belakang serta masalah kesihatan lainnya.
null
Darah rutin (sel darah merah, sel darah putih, platlet), kencing manis, kolesterol, fungsi buah pinggang, fungsi hati, kadar gout (uric acid), fungsi kelenjar tiroid, petanda kanser & banyak lagi.
null
Pemeriksaan kesihatan pekerja atau pelajar. Antaranya, pelajar sebelum mendaftar kolej/universiti, pekerja sebelum melapor diri kepada majikan atau sebelum dipindahkan ke cawangan yang lain, & seumpamanya
null
Pemeriksaan jantung atau ECG (electrocardiogram). Antara pemeriksaan penting untuk mengetahui status kesihatan jantung, mengenalpasti serangan jantung atau masalah paru-paru kronik & menilai keberkesanan pengobatan jantung.
null
Pemeriksaan ultrasound 2d/3d/4d serta detail scan untuk ibu hamil. Klinik kami mempunyai doktor perempuan yang bertugas. Namun disarankan untuk menghubungi kami sebelum datang untuk pemeriksaan kandungan / ibu hamil / pengesahan kehamilan.
null
Kami menyediakan perkhidmatan vaksinasi, untuk dewasa dan kanak-kanak. Antaranya vaksin tifoid (thyphoid), vaksin umrah/haji (meningococcal), vaksin cegah jangkitan (pneumococcal, hepatitis, flu), vaksin sebelum ke daerah endemik & seumpamanya.
null
Khidmat fisioterapi disediakan setiap hari di klinik. Kami juga menyediakan servis ini di tempat / kediaman anda atas panggilan (on-demand home visit physiotherapy). Dilakukan fisioterapi bertauliah setelah mendapat konsultasi doktor kami.
null
Program kesihatan (wellness program) adalah seperti program menurunkan berat badan, pemeriksaan status nutrisi/gizi, konsultasi senaman, konsultasi sebelum melakukan terapi alternatif (bekam, akupunktur, urut tradisional) dan banyak lagi.
null
Program rehabilitasi seperti rawatan susulan untuk kembali berjalan selepas patah tulang / selepas serangan angin ahmar (stroke), program kembali bekerja selepas ditimpa kemalangan. Dilakukan oleh jururawat terlatih dengan pemantauan doktor.
null
Pemeriksaan kesihatan pekerja warganegara malaysia atau warga asing dibawah program FOMEMA ada disediakan di klinik kami, untuk pekerja-pekerja seperti buruh kasar (general labor worker), pembantu surirumah (maid), dan lain-lain lagi.
null
Pembedahan kecil juga disediakan di klinik setia alam. Contohnya adalah pembedahan membuang kuku cengkam, pembedahan membuang bisul, rawatan jahitan & mencuci luka koyak, rawatan membersihkan luka akibat jangkitan kuman, kencing manis dan banyak lagi.
null
Perkhidmatan berkhitan / sunat untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki disediakan berdasarkan temujanji. Kami menggunakan teknik laser / pisau panas untuk melakukan prosedur ini. Klinik kami juga bersedia dipanggil untuk majlis sunat beramai-ramai di tempat anda.
null
Untuk penderita asma, penderita penyakit paru-paru kronik & jangkitan paru-paru yang berat, kami ada menyediakan terapi nebulizer dan terapi oksigen, untuk rawatan serangan mendadak (acute asthma attack), rawatan ulangan & penyakit yang seumpamanya.
null
Pemeriksaan darah untuk mengesahkan demam denggi (dengue confirmatory test) ada terdapat di klinik kami. Adalah dinasihatkan untuk memeriksa darah sekiranya anda mempunyai simptom-simptom denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, ruam & sakit kepala.
null
Untuk mereka yang sedang berusaha mengandung atau hamil, klinik setia alam turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan air kencing untuk mendeteksi kehamilan. Pemeriksaan tahap glukosa & protein dalam air kencing juga tersedia di klinik kami.

Untuk Servis Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health)

Sekiranya anda mencari servis / perkhidmatan untuk kesihatan pekerjaan (occupational health) ?
Sila klik pada pautan di bawah.